Skip to content

Muhammad’s guidebook

Muhammad

Muhammad’s guidebook

Famous Breakfast
Kedai popular dengan menu utama Nasi Dagang resipi asli Terengganu. Di Nasi Dagang Atas Tol, hidangan nasi dagangnya serba-serbi lengkap baik dari segi rasa dan harga. Beras yang digunakan beras Basmathi yang dimasak dengan santan dan pelbagai herba. Hasilnya, kewangian nasi menaikkan lagi selera makan pengunjung. Ditambah pula dengan gulai ikan tongkol yang pekat, pedas dan power! Selain Nasi Dagang, kedai ini juga menyediakan makanan lain seperti Pulut Kuning, Keropok Lekor Goreng, Teh Tarik Ombak Rindu dan lain-lain lagi. Kedai dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dan Selasa. Waktu operasi bermula seawal pukul 6.30 pagi. Jarak hanya 1km dari Homestay Kuala Terengganu.
11
locals recommend
Nasi Dagang Atas Tol

Adilsroti sangat terkenal dengan menu sarapan pagi seperti pelbagai jenis roti yang unik dan menyelerakan. Terdapat juga menu sarapan pagi berasaskan nasi. Lokasinya terletak di bawah Jambatan Sultan Mahmud dan tidak jauh dari muara Sungai Terengganu menjadikannya lebih unik dan menarik untuk dikunjungi. Jarak dari Homestay Kuala Terengganu ialah 9.5km. Kedai dibuka setiap hari bermula pukul 7.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari.
ADILSROTI

Digelar Nasi Lemak Kimia kerana kedainya yang terletak di sebelah Jabatan Kimia Malaysia. Nasi Lemak Kimia popular dengan nasi lemaknya yang sedap dan mempunyai pelbagai jenis lauk seperti sambal petai, telur puyuh, sambal peparu dan banyak lagi. Selain Nasi Lemak, terdapat juga menu sampingan lain yang boleh dipilih pelanggan. Jika anda seorang penggemar Nasi Lemak, kedai ini berbaloi dan wajib untuk dikunjungi! Jarak dari homestay ialah 10km.
Nasi Lemak Kimia

Warong Nasi Kerabu Pok Din sangat terkenal dengan Nasi Kerabunya yang enak dan mempunyai pelbagai pilihan lauk. Lokasi kedai pertamanya terletak di Kampung Gong Datuk, tetapi pengunjung homestay boleh berkunjung ke cawangan keduanya yang lebih dekat iaitu di Gong Kapas. Jarak dari homestay lebih kurang 9km. Pengunjung boleh taip "Warong Nasi Kerabu Pok Din 2" di Google Maps untuk ke lokasi.
Pok Din Nasi Kerabu

Local Snack
Pengkalan Setar terkenal dengan perusahaan keropok keping oleh beberapa pengusaha tempatan. Keropok Keping Pengkalan Setar merupakan pilihan utama peniaga makanan tempatan dan ianya banyak dipasarkan di seluruh Terengganu dan seluruh negara. Keropok yang dihasilkan menjadi tarikan kerana mempunyai rasa asli ikan sebenar dan rangup apabila dimakan. Dari Homestay Kuala Terengganu, penginap hanya perlu mengambil masa 2-3 minit @ 1km sahaja ke tempat ini.
PENGKALAN SETAR

Keropok Lekor Tok Molor adalah antara keropok lekor paling terkenal di Terengganu kerana keropoknya yang sedap dan lain dari yang lain. Keropoknya yang kembang apabila digoreng, rangup di luar dan lembut di dalam menambat hati ramai pengunjung yang pernah merasanya. Jarak Keropok Lekor Tok Molor dari Homestay Kuala Terengganu hanyalah 4km.
Keropok Lekor Tok Molor

Gerai Kuih Gong Kapas sangat popular kerana ianya menjual pelbagai jenis kuih-muih tempatan yang sesuai dijadikan hidangan minum petang. Pengunjung pasti rambang mata untuk melihat kuih-muih yang disaji dengan pelbagai bentuk, warna dan citarasa. Jaraknya hanya 8km dari Homestay Kuala Terengganu.
Gerai Kuih Gong Kapas

Di Terengganu, roti paung adalah roti yang sangat diminati ramai. Roti Paung Che Wan menjual roti paung yang sangat sedap dan sentiasa menjadi buah mulut setiap pembelinya kerana rotinya yang sangat lembut dan gebu. Rotinya yang kecil dan berbentuk bulat setiap satunya, pengunjung boleh memilih sama ada ingin inti planta atau kacang. Kedai ini mempunyai banyak cawangan di Terengganu. Paling dekat dengan Homestay Kuala Terengganu ialah Roti Paung Che Wan Kedai Buluh (2km) atau Roti Paung Taman Permin Jaya (7km) atau Roti Paung Che Wan Wakaf Beruas (8km). Dihidangkan panas-panas, Roti Paung Che Wan hanya beroperasi dari pukul 1-2 petang hingga pukul 3-4 petang, setiap hari kecuali Jumaat.
Roti Paung Che' Wan

Keropok Lekor Sungai Rengas antara keropok lekor yang sentiasa menjadi pilihan pelawat dan pelancong di Terengganu kerana kesedapannya dan rasa ikannya yang segar. Terdapat pelbagai jenis keropok dijual di sini termasuklah kerepok lekor sejuk beku yang sesuai untuk dibawa pulang ke tempat yang jauh. Keropok Lekor Sungai Rengas hanya terletak 5.5km dari Homestay Kuala Terengganu.
Keropok Lekor Sungai Rengas
860 Jalan Sungai Rengas
Keropok Lekor Sungai Rengas antara keropok lekor yang sentiasa menjadi pilihan pelawat dan pelancong di Terengganu kerana kesedapannya dan rasa ikannya yang segar. Terdapat pelbagai jenis keropok dijual di sini termasuklah kerepok lekor sejuk beku yang sesuai untuk dibawa pulang ke tempat yang jauh. Keropok Lekor Sungai Rengas hanya terletak 5.5km dari Homestay Kuala Terengganu.
Warung Pok Nong adalah antara kedai makanan laut celup tepung tersohor di Terengganu. Pelbagai jenis makanan laut seperti ikan, sotong dan udang yang digoreng dengan tepung yang rangup sentiasa menjadi buah mulut pelancong yang datang ke Terengganu. Kebiasaannya anda perlu beratur untuk dapatkan Sotong Celup Tepung kerana sotong yang dijual dihidang panas-panas dan faktor pelanggan yang ramai. Kedai dibuka bermula pukul 3.30 petang sehingga 8.00 malam. Jarak dari homestay ialah 25km.
15
locals recommend
Warung Pok Nong

Sightseeing
Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung telah dinamakan sempena nama bonda Al-Marhum Sultan Terengganu Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah iaitu Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja. Masjid ini terletak 7km dari Homestay Kuala Terengganu. Masjid ini mempunyai keindahan dan keunikan tersendiri berbanding dengan masjid lain yang telah dibina. Masjid ini dibina di atas air di muara Sungai Ibai yang sekaligus menjadikan masjid terapung yang terulung di Malaysia.
Masjid Tengku Tengah Zaharah

Selain Pantai Batu Buruk, Pantai Pandak Chendering adalah antara tarikan pengunjung yang ingin mencari ketenangan di pantai. Namun demikian, pantai ini kurang komersil berbanding Pantai Batu Buruk yang lebih meriah dan terjaga. Sesuai untuk mereka yang ingin bersantai bersama keluarga atau rakan. Terdapat beberapa gerai makanan tidak jauh dari pantai. Jarak dari Homestay Kuala Terengganu hanya 8km.
Pantai Pandak Chendering

Siapa tidak kenal Pantai Batu Buruk? Terkenal dengan pantainya yang cantik dan bersih, pantai ini sentiasa penuh dengan pengunjung dan menyediakan pelbagai aktiviti menarik bersama keluarga dan rakan di sekitar pantai. Selain menikmati pemandangan, aktiviti lain yang sering dilihat dilakukan adalah bermain bola pantai, menaiki kereta kuda atau menaiki ATV dengan caj yang sangat berpatutan. Untuk anda yang membawa anak kecil, di sini turut terdapat taman permainan kanak-kanak dan jualan layang-layang. Terdapat banyak kedai makan dan gerai di sepanjang pantai untuk kemudahan pengunjung. Jarak dari Homestay Kuala Terengganu ialah 10-12km.
7
locals recommend
Pantai Batu Buruk

Local Attraction
Pusat Sains & Kreativiti Terengganu merupakan antara tempat tarikan utama yang terkenal di Pantai Timur. Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk kanak-kanak dan orang dewasa. PSKT adalah tempat di mana pengunjung boleh mempelajari pelbagai ilmu tentang dunia sains. Mempunyai 3 tingkat, setiap ruang menyajikan pelbagai aktiviti dan informasi tentang alam, tentang tubuh badan manusia, kimia, fizik dan lain-lain lagi. Jarak dari Homestay Kuala Terengganu adalah 5km sahaja.
Pusat Sains & Kreativiti Terengganu

Pasar Payang ialah antara tempat menarik yang wajib dilawati apabila berkunjung ke Terengganu. Pasar Payang ini ialah Pasar Payang baharu kerana Pasar Payang yang lama sedang dibaikpulih. Kini, Pasar Payang lebih selesa dan bersih untuk dilawati. Pelbagai jenis barangan tempatan seperti batik dan cenderahati boleh didapati di sini. Kuih-muih, buah-buahan, sayur-sayuran dan pelbagai barangan lain juga boleh didapati di sini. Terdapat banyak kedai makan di sekitar pasar baru ini. Jarak Pasar Payang dari Homestay Kuala Terengganu ialah sekitar 11-13 km.
Pasar Kedai Payang

Desa Murni Pengadang Baru menjual pelbagai jenis kain dan pakaian berasaskan batik Terengganu. Jaraknya hanyalah 3.5km dari Homestay Kuala Terengganu. Anda juga boleh berkunjung ke cawangan lain yang lebih besar iaitu Desa Murni Bukit Kecil (9km). Jika anda peminat batik, inilah tempat yang perlu kunjungi selain di Noor Arfa Batik atau Pasar Payang.
Desa Murni
1624 Jl. Kuala Berang

Nama Noor Arfa Craft Complex tidak asing lagi bagi peminat tegar batik dan sutera. Terletak 6.5km dari Homestay Kuala Terengganu, mempunyai pelbagai tarikan sebagai kompleks kraf. Perkara pertama yang bermain di fikiran orang ramai apabila mendengar nama Noor Arfa ialah Batik! Kebanyakan masyarakat di malaysia mengenal NACC sebagai Batik Pavilion Terbesar di Malaysia. Di sini, anda boleh menyaksikan sendiri demonstrasi pembuatan batik dan seterusnya membeli belah di bilik pameran mereka. NACC dibuka pada setiap hari bermula pukul 8.30 pagi dan ditutup pada 5.30-6.30 petang (bergantung kepada hari).
9
locals recommend
Noor Arfa Craft Complex

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia merupakan pusat penghasilan pelbagai jenis barangan kraf bermutu yang terletak 6km dari Homestay Kuala Terengganu. Pusat Budaya Kraf Terengganu menyediakan ruang pameran bersepadu untuk kemudahan pelancong, dan ia turut menjadi living museum dengan pertunjukkan aneka hasil kraf warisan seni. Di sini pengunjung boleh menyaksikan sendiri kemahiran serta kesabaran pelukis batik menghasilkan pelbagai corak floral. Bukan setakat itu sahaja, malah bengkel yang terdapat di pusat ini turut membolehkan pengunjung menyaksikan kerja-kerja menenun songket yang banyak dihasilkan dari benang emas dan perak. Pengunjung juga dapat melihat kemahiran kakitangan pusat ini menyiapkan pelbagai hasil kraf daripada anyaman mengkuang atau pandan. Selain itu, pengunjung dapat membuat tempahan boleh dibuat mengikut selera pembeli sesuai dengan peranannya sebagai pusat operasi yang mengeluarkan barangan kraf berkualiti bagi memenuhi keperluan hiasan dalaman, cenderamata, produk korporat serta produk kegunaan harian. Pusat Budaya Kraf Terengganu turut menawarkan barangan tembaga, logam bersadur warna emas dan batik. Barangan hiasan tembaga yang sering dihasilkan adalah seperti seterika, keris, tepak sirih, bekas lilin dan pasu. Untuk penampilan yang lebih menawan dan eksklusif, sesetengah produk tembaga ini pula disadurkan dengan warna emas.
Terengganu Craft Cultural Centre

Taman Tamadun Islam adalah tempat menarik yang mesti dilawati jika anda bercuti di Kuala Terengganu. Terkenal dengan Masjid Kristal, ia sebenarnya merangkumi dua kawasan iaitu Zon A Monument Park dan Zon B kawasan awam. Taman Monumen mengambil lebih separuh keluasan pulau ini. Di kawasan awam pula terdapat Masjid Kristal, Convention Centre, Arked Terengganu, Restoran B’Beteng dan Tasik Pahlawan. Taman Monumen menyajikan seni reka bentuk dan kebudayaan Islam dari seluruh pelusuk dunia. Terdapat 22 monumen dari 21 buah negara dengan skala binaan 1:1.7 sehingga 1:22 berbanding saiz asal. Hampir 70% binaan adalah hasil air tangan anak tempatan, selebihnya menggunakan kepakaran luar negara. Jika waktu promosi, anda boleh dapatkan tiket lebih murah dengan pakej yang lebih menarik. Jarak dari homestay ialah 11km.
6
locals recommend
Taman Tamadun Islam ( TTI Management Sdn Bhd )

Diakui ramai sebagai muzium terbesar di rantau Asia Tenggara, Kompleks Muzium Negeri Terengganu menempatkan artifak dan hasil seni yang merupakan warisan berusia beberapa kurun lamanya. Terletak di atas tanah seluas 27 hektar di Bukit Losong, Kuala Terengganu, kompleks ini kelihatan hebat dari segi seni binanya, berdasarkan reka bentuk istana lama Terengganu. Ia terdiri daripada Muzium Utama, Muzium Maritim, Muzium Perikanan, 4 buah rumah tradisional dan taman botani serta herba. Terletak di Kampung Losong, jarak dari homestay ialah lebih kurang 10km.
13
locals recommend
Terengganu State Museum

Jambatan Angkat atau nama komersilnya Terengganu Drawbridge merupakan ikon terbaru Negeri Terengganu selepas Masjid Terapung Kuala Ibai, Masjid Kristal, Pasar Kedai Payang dan Taman Tamadun Islam yang baru dibuka pada 2019. Ia merupakan jambatan keempat di kawasan bandar Kuala Terengganu yang menyeberangi Sungai Terengganu selepas Jambatan Sultan Mahmud, Jambatan Manir dan Jambatan Pulau Sekati. Jambatan Angkat Terengganu merupakan sebuah projek dalam inisiatif Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Jambatan imbang sulung di Malaysia ini dibina oleh Zelan Construction Sdn Bhd dengan menelan belanja RM248 juta. Pengunjung boleh naik jambatan ini untuk menikmati pemandangan dari atas dengan sedikit bayaran tiket masuk yang berpatutan.
Terengganu Draw Bridge

Local Restaurant
Restoran Singgang Budu merupakan restoran makan tengah hari yang sangat popular di Terengganu. Ianya menyajikan pelbagai lauk pauk tempatan dan selera asli Terengganu. Bagi pengunjung yang minat pedas, anda juga boleh mencuba menu terbaru mereka iaitu Nasi Ayam Gepuk. Terletak di pusat bandar Kuala Terengganu, jarak dari Homestay ialah 11km. Restoran dibuka setiap hari (kecuali Jumaat) dari pukul 11 pagi hingga 5 petang.
Restaurant Singgang Budu

Hazlan Bistro merupakan kedai makan malam yang terletak 7km dari Homestay Kuala Terengganu. Restoran ini mempunyai ruang makan yang luas, bersih dan selesa. Pengunjung boleh memesan pelbagai menu makanan panas dan Western. Dekorasi landskap yang menarik di sekitar restoran menambahkan lagi seri kedai makan ini pada waktu malam. Kedai dibuka bermula pukul 4.30 petang sehingga 1.30 pagi.
Hazlan Bistro

AR Seafood merupakan restoran makan malam yang menyajikan pelbagai menu makanan panas dan ikan bakar mengikut pilihan anda. Terletak di muara Sungai Ibai (berhampiran Noor Arfa Craft Complex), jaraknya dari Homestay Kuala Terengganu hanyalah 6.5km. Kedai dibuka dari pukul 5 petang hingga 2 pagi.
AR Seafood - Ikan Bakar
879 Jalan Mawar 1
AR Seafood merupakan restoran makan malam yang menyajikan pelbagai menu makanan panas dan ikan bakar mengikut pilihan anda. Terletak di muara Sungai Ibai (berhampiran Noor Arfa Craft Complex), jaraknya dari Homestay Kuala Terengganu hanyalah 6.5km. Kedai dibuka dari pukul 5 petang hingga 2 pagi.
Terdapat dua cawangan Pak Rashid Ikan Bakar. Satu di Bukit Tunggal (13.5km), dan satu lagi cawangan keduanya di Pasir Panjang (5.5km) dari homestay. Antara menu yang popular ialah ikan dan sotong bakar. Kedai dibuka dari pukul 5 petang sehingga 11 malam.
Pak rashid ikan bakar

Kedai Makan Kak Yah Ikan Bakar terletak di Kuala Ibai sangat popular dengan keenakan makanan tengah hari dengan aneka lauk-pauk. Kedai ini dikatakan lokasi wajib dikunjungi jika ke Terengganu kerana mempunyai banyak pilihan dan yang paling utama harganya yang murah. Lokasi berhampiran jambatan Kuala ibai dari trafik light Masjid Terapung. Jarak dari homestay ialah 8km.
Kedai Makan Kak Yah Ikan Bakar

D'Ganu Steamboat Cafe adalah salah satu lokasi makan malam yang boleh anda cuba jika anda di Terengganu. Selain Steamboat, anda juga boleh memesan makanan panas dan menu popular lain yang ada di sini. Tarikan lain di sini ialah pemandangan muara sungai Terengganu yang indah pada waktu malam. Jarak dari homestay ialah 10km. Selain restoran ini, terdapat beberapa restoran makan malam lain lagi yang berdekatan iaitu The Lan Bayu Seafood, Ikan Bakar Duyong Kitee dan Kedai Makan KakYah AirBuah Floats. Jadi anda boleh membuat pilihan mengikut selera anda.
D'Ganu Steamboat Cafe